Isnin, 22 November 2010

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT 2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
SEMESTER SEPTEMBER 2010

NAMA   :    ROSNAH BINTI ABDUL MANAP
NO. I/C  :    740115 08 5512
ALAMAT EMAIL  :   ziqfiy@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN  :   IPGM, IPOH, PERAK
NO. TELEFON  :    013 5845512

Pengenalan
Pengukuran isipadu cecair amat berguna dalam kehidupan harian kita. Cecair tidak mempunyai bentuk yang kekal. Ia akan berubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang digunakan. Aras cecair juga akan berubah mengikut saiz dan bentuk bekas tersebut, tetapi isipadunya kekal tidak berubah.
Kanak-kanak sekolah rendah selalu melakukan kesilapan untuk membezakan bekas mana yang akan mempunyai lebih isi. Mereka mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Kanak-kanak selalu melihat pada ketinggian daripada keluasan sesuatu bekas. Salah konsep mengenai kapasiti telah menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mempunyai lebih isi.
Guru perlu membetulkan salah konsep mengenai kapasiti. Guru boleh bermula dengan mengkaji kapasiti dengan perbandingan secara langsung. Kemudian guru hendaklah mengajar murid cara mengukur dan membaca sukatan dengan tepat pada silinder penyukat. 

Berikut adalah alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar murid pencapaian rendah dan murid pencapaian tinggi serta aktviti-aktiviti yang menggunakan kedua-dua jenis alat bantu mengajar dengan berkesan.

ABM untuk pencapaian murid yang lemah :



                                         Botol air mineral 




Alat bantu mengajar (ABM) untuk murid pencapaian cerdas :

i. pengguna baldi , botol air, cerek elektrik dan teko




silinder penyukat


                                              bikar penyukat


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid kumpulan LEMAH.
Topik: 6. Isipadu Cecair                    
Standard Kandungan :  Menggunakan unit relatif untuk isipadu cecair
Standard Pembelajaran :  Murid berupaya untuk :
i. Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukan piawai.
ii. Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks.
Masa  :  60 minit (2 waktu)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Murid-murid membuat pemerhatian terhadap botol-botol air yang
    berlainan saiz di atas meja.
2. Guru perlu bertanya kepada murid dengan soalan yang berikut :
    i.  Berapakah bilangan botol semuanya?
    ii. Adakah botol-botol itu sama saiz?
3. Menyusun botol-botol mengikut urutan dari besar ke kecil atau
    sebaliknya. 
4. Kemudian guru bertanya kepada murid botol manakah yang dapat
    mengisi air paling banyak dan bincangkan bersama murid.
5. Letakkan sebiji botol dari sebiji cawan di atas meja. Pertanyaan
    kepada murid :
    i.  Pada pendapat kamu, bekas manakah dapat mengisi lebih
        banyak air ?
    ii. Bagaimana kita dapat menyukat air tersebut ?
6. Teruskan aktiviti dengan menggunakan bekas yang lain seperti
    gelas, cawan dan sebagainya.  Pertanyaan kepada murid  :
    i.  Cuba kamu susun bekas-bekas itu mengikut urutan dari kecil 
        kepada besar.
    Aktiviti ini boleh diulang dengan membandingkan dua bekas yang
    berlainan.
7. Guru boleh memperkukuhkan kemahiran murid dengan 
    melakukan aktiviti menggunakan gambar-gambar tangki air, tong,
    bekas air panas dan botol minyak pelincir.  
    Pertanyaan kepada murid :
    i.  Pernahkah kamu melihat gambar ini? Di mana?
    ii. Apakah kegunaanya?  Bincangkan.
8. Paparkan kepada murid satu persatu kad gambar seperti contoh 
    di bawah :
    Pertanyaan kepada murid :
    i.   Apakah gambar yang kamu lihat ?
    ii.  Gambar manakah dapat menyimpan air paling banyak ?
    iii. Gambar manakah dapat menyimpan air paling sedikit ?
    iv. Jika kamu ingin menyimpan air, bekas manakah yang kamu 
         gunakan?  Kenapa?
9. Guru mengedarkan lembaran kerja dan membincangkan hasil 
    kerja murid. 
10. Aktiviti murid boleh layari laman :
http://www.ixl.com/math/practice/kindergarten-holds-more-less
 


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk kumpulan murid yang CERDAS

Topik  :  Isipadu Cecair
Sub Topik  :   Mengukur dan membandingkan isipadu cecair 
Hasil Pembelajaran  :   Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mencatat isipadu cecair yang disukat
Alat Bantu Mengajar   :   gelas, balang, botol air, cawan, air warna, kad jawapan, bikar dan lembaran kerja.


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran : secara kumpulan
1. Guru mempamerkan silinder penyukat dan bikar di hadapan 
    kelas.
2. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid tentang ciri-ciri dan 
    kegunaan dua alatan yang ditunjukkan.
3. Guru membimbing murid dan melakukan demonstrasi penggunaan
    kedua-dua alatan tersebut dengan menyukat cecair.
4. Kemudian murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan 
    iaitu WIRA, WAJA, SAGA dan ESPIRA.
5. Setiap kumpulan perlu berbincang dan mengganggarkan  jumlah
    isipadu cecair berwarna yang tersedia di dalam botol minuman 
    dan bekas minuman lain dalam kumpulan masing-masing.
6. Setiap ketua kumpulan perlu mencatatkan jawapan kumpulan 
    masing-masing di papan hitam iaitu sukatan isipadu cecair 
    berwarna yang menggunakan bikar penyukat.
7. Guru merumuskan setiap jawapan yang diberikan dan berbincang
    bersama murid tentang isipadu cecair yang dipelajari pada hari ini.
8. Guru mengedarkan setiap lembaran kerja pada semua murid.